Rumah Komuniti Besut Dengan Harga RM20,000 Boleh Siap 15 Hari

182

rumah_komuniti_Besut_1_620_464_70Hanya dengan peruntukan kurang RM80,000 sejak awal bulan lepas, sebanyak empat rumah komuniti untuk mereka yang tidak berkemampuan dibina menerusi Sistem Pembangunan Industri (IBS) di sekitar Besut.

Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata dengan pembinaan itu dapat dilaksanakan menerusi kerjasama pensyarah, pelajar Politenik, Kolej Komuniti dan kontraktor tempatan yang menyertai program berkenaan.

“Rumah komuniti tiga bilik dan sebuah bilik itu dapat dibina kurang daripada 15 hari dengan kos kurang daripada RM20,000 yang membuktikan penjimatan kos melalui konsep kerjasama,” katanya selepas melawat rumah komuniti yang sedang dibina di Kampung Beting Lintang di sini, Ahad.

Sebanyak 46 rumah komuniti akan dibina selepas DUN berkenaan memilih pemilik yang layak.

Sementara itu, pemilik rumah komuniti di Kampung Beting Lintang, Tuan Juhari Tuan Mahmud, 43, ketika ditemui berkata beliau dan isteri serta empat anaknya teruja untuk menetap di rumah itu pada Khamis ini.

“Kami bersyukur dapat sebuah rumah dalam waktu yang singkat kerana sebelum ini terpaksa tinggal di rumah usang yang panas dan tidak selesa,” katanya yang bekerja sebagai buruh. – Bernama